Saturday 6 April 2013

Pengenalan

Jafna Fishing Arena (JFA)  atau dikenali sebagai Kolam Pancing Kg. Apil Pokok Sena.  Diuruskan oleh Jafna Family Enterprise.

Kolam seluas lebih dua relung mula dibuka pada tanggal 22 Disember 2012 (Sabtu) dengan penganjuran pertandingan memancing (patuh syariah) yang menawarkan hadiah keseluruhan melebihi RM3000.00. Merupakan kolam pancing terbesar dan terluas di kawasan Pokok Sena dan Kuala Nerang.  Boleh memuatkan lebih 350 orang pemancing dalam satu-satu masa.

Sesi Memancing

Kolam dibuka setiap hari kecuali hari Selasa.
Sesi siang   : Jam 3.00 ptg- 6.00 ptg       = RM25.00
Sesi malam : Jam 8.00 mlm - 11.00 mlm = RM15.00

Tambahan masa : RM 10.00 (Siang)/jam   (jam 6.00 ptg hingga 7.00 mlm)
                           RM   5.00 (malam)/jam (jam 11.00 mlm hingga 12 mlm)

Kolam ditutup tepat jam 12.00 malam

Jafna Juara Mingguan (JJM)

JJM adalah pengiktirafan kepada pemancing yang berjaya memancing ikan terberat setiap minggu bermula sesi petang hari Sabtu sehingga sesi malam hari Jumaat.  Hadiah diberikan selepas sesi malam hari Jumaat berakhir iaitu pada jam 11.00 mlm.

Hadiah berupa wang tunai sebanyak jumlah pemancing yang mendaftar masuk mulai sesi petang hari Sabtu sehingga sesi malam hari Jumaat.  Bermakna sekiranya jumlah pemancing 200 orang maka wang tunai sebanyak RM200.00 akan diberikan kepada pemenang.

Peringatan:  Hanya ikan yang dipancing dalam waktu sesi (siang atau malam) sahaja yang diambil kira untuk dimasukkan dalam carta dan layak menerima hadiah JJM.

Makan Minum

Kedai makanan dan minuman disediakan bersebelahan dengan Pejabat JFA.  Harga jualan berpatutan.  Selain itu, makanan ringan seperti kuaci, keropok, kacang dan lain-lain turut dijual.

Umpan/Dedak

Semua jenis umpan dibenarkan kecuali organ haiwan.
Pelampung dan mata tiga tidak dibenarkan.
Dedak 929, power dan Raja Umpan ada dijual untuk kemudahan para pemancing.

***********
Bagi mengurangkan kejemuan menunggu umpan disambar ikan, skrin besar disediakan bagi tayangan movie atau perlawanan bola sepak. 

Sewaan Kolam

Pihak pengurusan kolam berlapang dada sekiranya ada pihak yang berminat untuk menyewa kolam bagi tujuan pertandingan atau penganjuran Hari Keluarga peringkat jabatan/agensi dengan pengisian memancing.
Sila hubungi pengurusan kolam untuk merundingkan harga.